Saturday 29 December 2012

Menghampiri 2013

Assalamualaikum reader(s)

Okey, first of all ni adalah sambungan kepada entri yang sebelum nie.
Nak flash back sikit.Kitorang ni boleh masuk la sesama sendiri.Kira macam takde la yang duk sendiri-sendiri.Dan tak mau campur dalam sekelas.Habis pasal students.

Pasal result?
Erm,lebih kurang dua-tiga minggu lepas bermulanya semester dua , kolej telah mengumumkan keputusan pelajar-pelajarnya dengan menampal senarai mengikut modul dan nombor matrik.
Owh,baru scha tahu ramai jugak budak modul 2 nie.dalam 400 lebih. Hari keluar keputusan tu hari Selasa pukul 3 petang. Jadual scha hari tu plak ada amali chemistry dari pukul dua-empat. Huh! Masa dalam lab tu memang tak fokus sangat duk berexperiment. Kira macam asal jadi je dia punya observations and results experiment akhir dah la. Kitorang yang duduk kat belakang-belakang sikit ni sikit punya nervous sebab ada yang pergi buat countdown..Lima minit lagi,Empat,tiga dua satu dan result keluar...huhu...Dan kebiasaannya lepas siap experiment tu kami siapkan result,salin result dalam jotter(persediaan utk exp) dan hantar jotter untuk madam Minnarthini check dan tanda. Lebih kurang pukul 3.30 macam tu la kami keluar tengah nervous nya.Kaki pulak dah macam tak jejak tanah sangat.Melayang-layang ntah kemana. Ingat kan semua taknak pergi tengok lagi,rupa- rupanya semua pakat nak tengok sekali. Okey jom. Tertampal nya kertas keputusan tu dekat area Dewan Kuliah . Dekat tandas perempuan. Erk. Okey takpa la.Masa ni siapa yang ada masa nak masuk tandas lagi dah kalau ada result yang keluar terpampang kat board sikit punya besar kat luar tu??Jawab-jawab..Masa kami sampai kat situ,kawasan tu punya la sesak macam kat pasar. Lagi-lagi dekat kawasan modul 2.biasa nya modul yang sama habis kelas pun lebih kurang sama jugak.Punya la sesak sampai scha pun menolak-nolak.Laki pun ada sekali jugak.Tapi ada scha kisah.Haha. Jauh je pun sebenarnya. Hehe. saja nak buat gempak. Cari punya cari jumpa la jugak.
Result amacam.? Alhamdulillah. Tapi masa tu takdak rasa apa sangat. Ntah macam pelik la jugak. Dua tiga hari nak keluar result tu macam apa perasaan tak boleh dibayangkan.huh. Tapi bila dah depan mata........

Tak bagitahu mommy ke?Ada yang tanya centu.Takpa la.tunggu dia call sendiri.hehe. Petang tu masa tengah jaga stor sukan dengan dayah dan faizah (teman diorang) my mom call. Dia tanya kenapa tak call dan bagitahu dia result. Dia tahu pun daripada adik dia yang ada anak duk kat matrik sekali ngan scha jugak. Mesti anak dia yang bagitahu then tanya result scha. Okey after i told her my result she congrats me.Scha ada mintak hadiah.Tak tercapai la. Takpala.Bukan scha belajar sebab nak dapat kan habuan sementara nie saja.Banyak lagi yang boleh dan perlu dibuat .

Before stopping right hehe.Scha nak kongsi satu gambar yang scha fikir sangat comel untuk tontonan semua.


I AM A CAT LOVER.~NSAZ~



Okey itu sahaja dari scha untuk malam ni.Story mory akan bersambung di lain masa.



No comments: