Saturday 29 December 2012

Menghampiri 2013

Assalamualaikum reader(s)

Okey, first of all ni adalah sambungan kepada entri yang sebelum nie.
Nak flash back sikit.Kitorang ni boleh masuk la sesama sendiri.Kira macam takde la yang duk sendiri-sendiri.Dan tak mau campur dalam sekelas.Habis pasal students.

Pasal result?
Erm,lebih kurang dua-tiga minggu lepas bermulanya semester dua , kolej telah mengumumkan keputusan pelajar-pelajarnya dengan menampal senarai mengikut modul dan nombor matrik.
Owh,baru scha tahu ramai jugak budak modul 2 nie.dalam 400 lebih. Hari keluar keputusan tu hari Selasa pukul 3 petang. Jadual scha hari tu plak ada amali chemistry dari pukul dua-empat. Huh! Masa dalam lab tu memang tak fokus sangat duk berexperiment. Kira macam asal jadi je dia punya observations and results experiment akhir dah la. Kitorang yang duduk kat belakang-belakang sikit ni sikit punya nervous sebab ada yang pergi buat countdown..Lima minit lagi,Empat,tiga dua satu dan result keluar...huhu...Dan kebiasaannya lepas siap experiment tu kami siapkan result,salin result dalam jotter(persediaan utk exp) dan hantar jotter untuk madam Minnarthini check dan tanda. Lebih kurang pukul 3.30 macam tu la kami keluar tengah nervous nya.Kaki pulak dah macam tak jejak tanah sangat.Melayang-layang ntah kemana. Ingat kan semua taknak pergi tengok lagi,rupa- rupanya semua pakat nak tengok sekali. Okey jom. Tertampal nya kertas keputusan tu dekat area Dewan Kuliah . Dekat tandas perempuan. Erk. Okey takpa la.Masa ni siapa yang ada masa nak masuk tandas lagi dah kalau ada result yang keluar terpampang kat board sikit punya besar kat luar tu??Jawab-jawab..Masa kami sampai kat situ,kawasan tu punya la sesak macam kat pasar. Lagi-lagi dekat kawasan modul 2.biasa nya modul yang sama habis kelas pun lebih kurang sama jugak.Punya la sesak sampai scha pun menolak-nolak.Laki pun ada sekali jugak.Tapi ada scha kisah.Haha. Jauh je pun sebenarnya. Hehe. saja nak buat gempak. Cari punya cari jumpa la jugak.
Result amacam.? Alhamdulillah. Tapi masa tu takdak rasa apa sangat. Ntah macam pelik la jugak. Dua tiga hari nak keluar result tu macam apa perasaan tak boleh dibayangkan.huh. Tapi bila dah depan mata........

Tak bagitahu mommy ke?Ada yang tanya centu.Takpa la.tunggu dia call sendiri.hehe. Petang tu masa tengah jaga stor sukan dengan dayah dan faizah (teman diorang) my mom call. Dia tanya kenapa tak call dan bagitahu dia result. Dia tahu pun daripada adik dia yang ada anak duk kat matrik sekali ngan scha jugak. Mesti anak dia yang bagitahu then tanya result scha. Okey after i told her my result she congrats me.Scha ada mintak hadiah.Tak tercapai la. Takpala.Bukan scha belajar sebab nak dapat kan habuan sementara nie saja.Banyak lagi yang boleh dan perlu dibuat .

Before stopping right hehe.Scha nak kongsi satu gambar yang scha fikir sangat comel untuk tontonan semua.


I AM A CAT LOVER.~NSAZ~



Okey itu sahaja dari scha untuk malam ni.Story mory akan bersambung di lain masa.



Wednesday 26 December 2012

Starting point

Assalamualaikum reader(s)...

Sudah agak lama scha biarkan blog nie tanpa di update.huhu. Minat ke arah menjadi blogger yang aktif berblog masih tidak berkesampaian. Macam mana eh other bloggers terjebak untuk berblog nie. Kalau ada yang sediakan tips tu bolehla tinggalkan di ruang komen ya.! hehe.

Oleh sebab dah lama tak update,so macam banyak la cerita-2 yang ingin scha kongsikan kat sini hari ni.. Kalau difikirkan scha malas jugak nak update ni sebab baru lepas makan nasi tomato yang disediakan pihak matrikulasi untuk hari asy-syura. Eh bukan ke hari asy-syura tu dah lepas ke? Itulah juga yang menjadi tanda tanya pelajar-2 KMK nie. Tak pa la. Lagipun jarang-2 dapat makanan FOC ni. Lepas habis je kuliah chemist yang diganti oleh lecturer lain NAMA UNKNOWN menggantikan madam syafinas yang bercuti (sebab apa tak diketahui) kami beramai-ramai terus bergegas ke Dewan Mahawangsa dengan perut berkeroncong. Makan pula sambil bersila kat lantai . HAHA jarang fenomena sebegini berlaku. Selesai makan, kami pulang ke blok macam tak da pa yang berlaku.(boleh pulak scha berblog.tambah-2 esok hari cuti kami.)

Eh,terlebih sudah cerita pasal makan..

Flashback to the starting of second semester..kisah-2 penting ja la.

~~~ scha datang dengan pak menakan.(paksedara la) tumpang je. Sesampainya kat sini,eh,aten dah ada la. Ala lupa plak dia join KAKOM 2012/2013 . Captain basket tuuu.. hehe. Masa kat hentian Gurun tadi singgah beli KFC sebab orang kata kafe tutup.Untuk alas perut la kan. Nasib baik cukup untuk semua. Lepas mengemas sedikit sebanyak kami terus tidur sebab letih dan sebab baru masuk sem so mana ada kerja lagi kan.zZzzzzZZ..

Keesokannya masuk kelas macam biasa tetapi pemandangan yang berbeza.Kenapa? Sebab praktikum yang berjumlah 24 orang tu semuanya perempuan.HAHA .Lecturer lelaki yang masuk mengajar pun nampak awkward jugak la kan.Tapi lama kelamaan okey dengan sendirinya. Lagi satu unik nya yang ada kat kelas kitorang ialah persamaan nama yang sangat banyak. Iaitu FATIN, SYAHIRAH dan ANIS. Sebutan lebih kurang la.tapi maybe ada yang berlainan ejaan.fatin ni yang paling ramai iaitu fatin atheerah, faten nabilah, fatin syazwani dan fatin. Nak panggil macam mana ea? Sebab diorang dah biasa dipanggil fatin sebelum ni. Lepas dah decide kitorang panggil atheerah,tennab,fatin syazwani (panggil nama penuh,sebab wani pun dah ada syafawani dan hawa hawani.) dan last but not least fatin. syahirah ni pulak ada tiga. ketiga-tiganya berasal dari negeri -2 berlainan. Antaranya KELANTAN,KEDAH dan SELANGOR. yang kelantan tu memang scha la kan. panggil pun scha atau atau sebutan nya sya ja. dua lagi tu panggil syahirah sebab tak tahu dah nak panggil apa.haha. yang nama anis ni pulak ada tiga jugak. nur anis, anis alif dan hanis . yang anis alif tu katanya alif tu nama dia juga bukan bapak dia bukan juga pakwe nya.hehe. Walau bagaimana pun scha nak senaraikan jugak nama classmate baru scha.

k2s2t8b
scha(me)
fatin atheerah ( roommate pun dia la )
fatin syazwani
faten nabilah
fatin nasir
zunnurain
mariana
khalimaton(eton)
syahirah rosli
rakinah
anis ahmad
hawa hawani

untuk k2s2t8a pulak

anis alif
aisha
aisyah
hanifah
syafawani
hanis huzail
gee
razana
wan nurleana
asmidah
zafirah
.........



Sekian dulu penceritaan ini.bersambungggg.....